Gotong-royong atau lebih tepat 'rewang'

Bekerjasama untuk menjayakan majlis kenduri kahwin anak arwah Kamal. Seorang sahabat yang telah banyak berjaya kepada seluruh komuniti Shah Alam 2. Moga rohnya dirahmati dan bersama dengan mereka yang beriman.

Kejohanan bolasepak tertutup

Kejohanan tertutup anjuran AMG Football Academy. Tahniah kepada coach En Rashid kerana berjaya mengendalikan kejohanan ini dengan jayanya.

Taska Anjung Pelangi

Hari kecemerlangan Taska Anjung Pelangi pada tahun 2013 yang diadakan di SK Puncak Alam 3.

PRU13

Suasana semasa hari pengundian di SK Puncak Alam 2 pada tahun 2013. Pilihanraya berjalan dengan aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Mesyuarat Agong Tahunan PPSA2 2013

Mesyuarat Agoong kali ini diadakan di surau lama Shah Alam 2.

Hari Kemerlangan Pasti Ibnu Sina

Majlis diadakan di SK Puncak Alam, Bandar Puncak Alam.

Wednesday, October 18, 2017

Perlawanan persahabatan di Persada Plus

Bolasepak bagi sesetengah orang adalah salah satu platform untuk merapatkan hubungan dengan kawan-kawan lama serta menambah kawan-kawan baru.

Game berlangsung di Persada Plus pada 18 Oct 2016 bermula jam 5 petang. Kos bagi setiap pasukan adalah RM350. Permukaan padang agak bagus .

Monday, August 07, 2017

Hukum ramalan di laman sosial

PERMAINAN RAMALAN DI LAMAN SOSIAL HARAM

KUALA LUMPUR – Umat Islam dinasihatkan agar berhati-hati dengan kegiatan permainan ramalan yang semakin hebat dipromosikan melalui laman sosial kerana ia boleh meruntuhkan aqidah.

Timbalan Presiden Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (GAPPIMA), Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berkata hukum permainan ramalan adalah haram dalam Islam dan menjadi dosa besar bagi sesiapa yang terlibat, walaupun hanya untuk berseronok di laman sosial.

Beliau yang berkelulusan dalam bidang syariah dan undang-undang Universiti Al-Azhar juga berkata hukumannya tetap haram dan balasan di akhirat tetap sama, sama ada bermain atau sekadar 'like' game yang dimain kenalan di Facebook, berkongsi mahupun 'update' status game yang mereka main.

Perunding Motivasi, Datuk Ustaz Mohd Zawani Yusoh berpendapat umat Islam perlu mengkaji bentuk permainan yang ada di laman sosial dengan mengadakan saringan atau menapis maklumat-maklumat yang diperoleh agar tidak terjerumus ke dalam aktiviti terlarang dan melanggar syariat Islam.

"Perlu tengok isu kerana dalam Islam perkara yang berkaitan aqidah tidak boleh dibuat suka-suka. Yang betul itu mungkin kebetulan sahaja," katanya.

Antara soalan ramalan yang mendapat sambutan ramai di laman sosial ialah seperti "Siapakah yang sedang 'stalk' FB anda?", "Siapakah bakal pasangan anda?" dan "Berapa ramaikah anak yang bakal anda miliki?".

Profesor di Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Abdul Basir Mohamad menjelaskan bahawa sekiranya isu tersebut boleh melibatkan kepercayaan dan pegangan seseorang yang boleh mempengaruhi tingkah laku dalam kehidupannya, ia dikira sebagai melibatkan isu aqidah.

"Saya berpandangan ia boleh dianalogi sebagai mempercayai kepada ramalan yang sangat dilarang oleh Islam.

"Ini boleh dirujuk Surah al-Ma'idah ayat 3 dan juga beberapa buah hadis Rasulullah SAW antaranya yang bermaksud "Sesiapa yang datang bertemu dengan tukang ramalan, kemudian mempercayai apa yang dikatakannya, sesungguhnya dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad," katanya. – Bernama

Thursday, September 29, 2016

Hari pertama sebagai pemanduu Uber

Semalam, 28 September 2016 merupakan hari pertama aku membawa penumpang setelah pendaftaran berjaya dilakukan pada 27 Sept.

Berdebar juga la. Apa taknya, dengan training pun belum lagi. Namun aku beranikan diri juga , dengan niat untik belajar.

Syukur sebab aku mendapat pelanggan yang sporting. Semalam online selepas waktu kerja. Dapat jugalah tiga rider. Cukuplah dulu sebagai permulaan untuk menambah ilmu dalam bidang pemanduan Uber ini.

Jumpa lagi..