Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Semangat Setiakawan Di Shah Alam 2(G8)

Saya telah pun menziarahi saudara kita En Muhammad di Hospital Selayang semalam. Nampaknya keadaannya agak merisaukan, tetapi penyakit yang di hadapinya,menurut doktor adalah serius.
Tetu sekali kita kasihan melihat kawan kawan yang rapat dengan kita terlantar di hospital dengan bengkak kedua belah peha, tiub dan wire berselirat, keletihan, sukar bernafas dan lemah.

Sesiapa yang berkesempatan bolehlah melawat beliau sebagai menunjukkan semangat setiakawan dan sokongan kepada beliau. Saya berpendapat beliau memerlukan sokongan dan kekuatan yang luar biasa untuk mengembalikan 'semangat' yang hilang, seterusnya bangkit dan pulih sepenuhnya dari penyakit yang di deritainya sekarang ini.

Kita amatlah bersimpati,apatah lagi beliau bekerja sendiri dan punya keluarga yang perlu disara. Saya di fahamkan oleh beliau, anak2 beliau sekarang di jaga oleh ibu mertua beliau yang sudah uzur, makanan di upah kepada Kak Siti untuk menyediakan kepada anak anak dan ibu mertua. Isteri beliau terpaksa tinggal di hospital untuk menjaga beliau. Dan saya di fahamkan juga anak beliau yang bersekolah darjah satu tidak dapat kesekolah kerana tiada kenderaan yang boleh menghantar dan mengambil dari sekolah. Kita sedia maklum kerana bila ketua keluarga tiada perkara perkara yang sebegini pasti akan berlaku,apatah lagi isteri beliau tidak betah memandu kereta.

Apapun sama sama lah kita cuba meringankan beban beliau dan keluarga semampu yang mungkin. Ada juga cadangan dari rakan rakan semalam supaya di adakan sembahyang hajad dan bacaan Yassin untuk saudara Muhammad, semoga beliau cepat sembuh. Bacaan Yassin ini bukan bermakna beliau sakit tenat atau sedang nazak, tetapi tiada salahnya kalau kita nak baca sambil memohon keberkatan supaya Allah mengabulkan doa kita terhadap beliau.

Untuk bacaan Yassin dan sembahyang hajat ini, InsyaAllah saya akan coordinate dengan Imam Rosham. Dan tentang keperluan bantuan yang lain saya rasa eloklah kita serahkan pada Persatuan Penduduk sendiri untuk menguruskannya.

Sekian,
From Shah Alam 2 With Love
Khairi Noh

Post a Comment

0 Comments