Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Aktiviti Bolasepak Shah Alam 2







Perlawanan pembukaan tirai bagi Tahun 2007, dimana pasukan veteran Shah Alam 2 menentang pasukan Proton Diecast pada 22hb Februari 2007, jam 8.45 malam bertempat di padang Proton Glenmarie. Keputusan tidaklah begitu memberangsangkan dimana pasukan SA2 tewas tipis 1-0, gol hasil rembatan jauh dari pemain Proton Diecast. Walaubagaimanapun pasukan SA2 telah memberi satu gambaran yang hebat pada awal sesi warm-up yang telah mengerunkan pasukan lawan..ibarat pasukan Chelsea warm-up. Pemain dari pasukan lawan hanya memerhatikan gelagat pemain SA2 yang menimbulkan seribu satu persoalan tentang keupayaan prestasi pasukan SA2.

Pada babak pertama permainan pasukan SA2 nampak tenggelam dan pemain tercari cari akan rentak dan posisi mereka. Bahagian tengah tidak begitu berfungsi dan mengharapkan pemain pertahanan bagi melakukan overlapping. Ini memberikan satu suntikan bagi pasukan lawan berusaha untuk menghasilkan gol pembukaan.

Selepas merombak pemain pada babak kedua barulah nampak perubahan dimana asakan bertubi tubi dari pemain pasukan SA2. Peluang keemasan one to one yang diperolehi oleh saudara Bakhtiar 2B2 jelas menghampakan penyokong SA2. Jelas faktor usia dan keadaan padang membantutkan usaha beliau menghasilkan gol sulung bagi tahun 2007.

Pasukan lawan menjaringkan gol pada babak ketiga permainan hasil jaringan pemain tengah mereka dari rembatan yang mengelirukan penjaga gawang SA2. Pada minit minit akhir permainan pasukan SA2 mendapat peluang untuk membolosi gawang lawan namum pembantu pengadil memberikan offside.

Secara keseluruhan satu permainan yang moderate yang ditonjolkan oleh pasukan SA2 dan banyak perlu diperbaiki dan perlu diambil ikhtibar ke atas kekalahan ini serta perlu dijadikan satu pengajaran bagi pasukan SA2 agar berlatih bersungguh sungguh pada masa akan datang.

Di harap ramai lagi belia belia di Shah Alam 2 akan turun menyertai sesi latihan pasukan SA2 pada setiap hujung minggu pada jam 5.50pm bertempat di padang 2B3.




Sekian, terima Kasih


(Sukan memupuk perpaduan insaniah)

Post a Comment

0 Comments