Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

SUKAN TAHUNAN SHAH ALAM 2 ( 2007 )

Persatuan Penduduk Shah Alam 2 akan menganjurkan acara tahunan iaitu Sukan Tahunan Shah Alam 2 (2007) yang akan bermula dari 17 Ogos 2007 hingga 2 September 2007. Kemuncak untuk sukan ini adalah acara Sukan Rakyat yang akan berlansung pada 11 November 2007. Sukan ini adalah pertandingan antara fasa bagi merebut Piala Pusingan Shah Alam 2 Sdn Bhd.

Jadual Acara :

1. Sepak takraw laki-laki dewasa - 17 & 24 Ogos 2007 ( Gelanggang Sepak Takraw 2B1 ).

2. Rounders kanak-kanak perempuan bawah 12 tahun - 18 Ogos 2007 ( Padang Bola 2B3 ).

3. Bolasepak 7 sebelah kanak-kanak laki-laki bawah 12 tahun - 19 Ogos 2007 ( Padang Bola 2B3 ).

4. Bola jaring wanita dewasa - 26 Ogos 2007 ( Gelanggang Bola Jaring 2B2 ).

5. Bolasepak 9 sebelah laki-laki dewasa - 2 September, 2007 ( Padang Bola Fasa 1, Puncak Alam ).

Acara Sukan Rakyat : ( Bertempat Di Padang Bola 2B3 ).

1. Konda-Kondi berpasukan.

2. Bola Api individu.

3. Batu Seremban berpasukan.

4. Tarik Tali laki-laki berpasukan.

5. Tarik Tali perempuan berpasukan.

6. Teng-Teng individu.


Sukan ni adalah terbuka kepada AHLI PPSA2 DAN KELUARGA AHLI sahaja.

Bagi penduduk Shah Alam 2 yang ingin menyertai, mereka perlu berdaftar sebagai ahli PPSA2 terlebih dahulu.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ketua Biro Sukan : En. Lingam : 019-2757580





Post a Comment

0 Comments