Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

CERAMAH PERDANA MAAL HIJRAH 1430

29 November 2008 - Alhamdulillah majlis ceramah telah bermula pada jam 8 mlm dan disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Syeikh Mohd Nor Mansur Al Hafiz yang merupakan Imam Masjid Negeri Perak Darul Ridzuan.
Majlis dihadiri oleh ratusan ahli kariah yang mendengar dengan penuh perhatian tentang makna yang tersurat dan tersirat dalam peristiwa hijratul rasul ini. Mudah-mudahan kita mendapat manafaat daripada apa yang disampaikan.
Majlis berakhir pada jam 9.30 mlm disusuli dengan solat isyak berjemaah. Selepas itu pihak Surau At-Taufiqiyyah telah menyediakan sedikit jamuan ala kadar untuk santapan jasmani. Pihak Surau At-Taufiqiyyah mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1430h kepada seluruh muslimin dan muslimat di Shah Alam 2 dengan azam yang baru untuk mendapat keredhaanNya semata-mata. Pihak surau mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menyumbangkan tenaga dan wang ringgit dalam menjayakan majlis diatas.
Semoga amalan kita pada tahun 1429h diterima jua oleh Allah hendakNya.
Taqabballahu minna waminkum
Al faqir Hj Zainuddin
Pengerusi
Surau At Taufiqiyyah

Post a Comment

0 Comments