Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Ibu, anak mati berpelukan

SHAH ALAM: Menyayat hati apabila dua beranak yang rentung akibat kemalangan tragis ditemui dalam keadaan berpelukan di Jalan Puncak Alam berhampiran Puncak Perdana di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, kereta yang dipandu wanita berusia 30-an terbabit dikatakan dalam perjalanan pulang dari melawat anaknya yang menerima rawatan di Pusat Rawatan Subang (SMC) sebelum gagal mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang setakat ini tidak diketahui identiti memandu kereta Kancil ketika kejadian bersama dua lagi anaknya yang berusia sembilan dan empat tahun.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa gagal mengawal kenderaannya sebelum bertembung dengan sebuah Kelisa yang dinaiki sepasang kekasih.

“Akibat perlanggaran itu, kereta mangsa berpusing beberapa kali sebelum meletup lalu terbakar, namun seorang daripada anak mangsa berusia sembilan tahun tercampak keluar dan terselamat,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa yang menetap di Taman Samudera Permai 200 meter dari lokasi kejadian maut bersama seorang lagi anaknya.

Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong dengan kekuatan tujuh anggota termasuk pegawai dikejarkan ke tempat kejadian dan memadamkan kebakaran dalam masa kurang tiga minit.

“Mayat mangsa yang rentung selamat dikeluarkan anggota penyelamat kira-kira 30 minit kemudian sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi bedah siasat dan pasangan kekasih terbabit turut mengalami kecederaan,” katanya.


Sumber: Harian Metro

Post a Comment

0 Comments