Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

SELAMAT DATANG USTAZ ROSYAD ALY

8 Januari 2009-Pihak Surau At-Taufiqiyyah Shah Alam 2 serta Persatuan Penduduk Shah Alam 2 mengalu-alukan kedatangan Ustaz Rosyad Aly dari Kemboja ke kawasan kita pada 5 Januari 2009 yang lalu. Beliau merupakan imam terawih yang diundang khas di Surau At-Taufiqiyyah selama 4 tahun berturut-turut.
Kedatangan beliau berlainan daripada biasa kerana kini beliau ditemani oleh isteri dan bapanya. InsyaAllah, kedatangan beliau di sini kali ini akan memberikan khidmat kepada ahli kariah surau kita sebagai imam disamping akan mengajar pengajian Al-Quran anak-anak serta bapa-bapa secara percuma.
InsyaAllah, ustaz akan bersama-sama dengan kita sehingga habis Ramadhan 1430H. Sumbangan kewangan kepada ustaz amatlah dialu-alukan dan bolehlah disalurkan kepada Sdr Mohd Azami Hj Mansor (Timb. Pengerusi Persatuan Penduduk) atau kepada Sdr Ahmad Mahizan Abdul Mokti (S/U Surau) atau kepada Sdr Mohd Khairi Mohd Noh (Pengerusi Badan Khairat Kematian).
Kepada ahli kariah yang terlibat secara langsung dalam membawa Ustaz Roshad ke kawasan kita dengan persediaan tambang, penginapan, kewangan, tenaga (keringat), saya mewakili semua ahli kariah mengucapkan Jazakallahu khairan kathira dan mudah-mudahan amalan yang sedikit dan kecil ini diterima jua oleh Allah SWT.
Taqabballahu minna waminkum
Ikhlas drp Al Faqir
Hj Zainuddin
Pengerusi Surau

Post a Comment

0 Comments