Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Hari Karnival Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin memaklumkan bahawa PIBG dan Kelab Guru Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 (SKPA2) akan mengadakan Hari Karnival Sekolah bermula pada 27/6/2009 (Sabtu jam 3 petang) sehingga 28/6/2009 (Ahad) di perkarangan SKPA2.

Sehubungan dengan itu dipohon kepada semua warga penduduk Shah Alam 2 supaya dapat bersama-sama hadir meraikan dan memeriahkan program yang bakal berlangsung. Sumbangan daripada semua amat diharapkan bagi membantu menambahkan tabung PIBG SKPA2 seterusnya dapat disampaikan kembali kepada anak-anak kita melalui aktiviti dan program yang dirancang dari masa ke semasa.

Sekiranya ada dikalangan warga penduduk Shah Alam 2 yang dapat membantu mencari penaja bagi sumbangan program tersebut (termasuk daripada pihak luar, agensi kerajaan, swasta, korporat dan sebagainya) bolehlah berhubung terus dengan saya atau Setiausaha PIBG, cikgu Hairi (019-2311178).

Kerjasama, sumbangan dan bantuan daripada semua amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Rosham Muhammad
YDP PIBG SKPA2
HP: 016-6500991

Post a Comment

1 Comments

Afandi said…
Assalamualikum...semua.

Tahniah diatas aktiviti yang berjaya dijalankan oleh pihak PIBG dan juga Guru-guru semua.

Semoga segala aktiviti yang dijalankan dapat dapat memanafaatkan keseluruhan Masyarakat Puncak Alam semuanya.

Amin. Wassalam...E-Mail saya afandi.ali63@yahoo.co.uk.