Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Psikologi berkhatan

-Berkhatan-
(Psikologi berkhatan)

Tidak lama lagi akan bermulanya musim cuti sekolah. Bagi anak-anak muslim, ia juga bermakna musim berkhatan atau sunat.

Tahniah bagi anak-anak yang telah bersunat, bagi yang belum dan akan bersunat pada musim cuti sekolah ini, didoakan semoga adik-adik semua berjaya dan dipermudahkan urusan.

Saya ada beberapa nasihat yang ingin dikongsikan.

1. Kepada masyarakat, elakkan dari menakutkan anak-anak yang bakal bersunat dengan cerita-cerita dongeng seperti kerat pakai gergaji,parang dan sebagainya bagi tujuan menakutkan. Sebaliknya bagi dorongan positif, seperti ini adalah prosedur yang nyaman dan tidak menyakitkan.

Kata-kata negatif akan menakutkan kanak-kanak tersebut, takut akan menjadikan mereka beremosi, dalam keadaan itu mereka mudah membayangkan, minda bawah sedar mereka mudah terbuka maka maklumat mudah masuk dan menyimpan maklumat tersebut dengan lama didalam pemikiran mereka. Ini menyukarkan kami Mudim Profesional untuk menjalankan prosedur.

Oleh itu, kepada sesiapa jua kanak-kanak yang kita jumpa, dan mereka akan bersunat, doakan untuk mereka, puji dan beri kata-kata semangat.

2. Kepada ibu bapa, bersunat walaupun satu proses yang normal dan biasa, tetapi ia sangat penting dan akan dilalui sekali sahaja, dari segi emosi, ibu bapa harus kerap memberikan dorongan positif. Dorongan yang kerap akan membantu memasukkan info tersebut kedalam pemikiran bawah sedar mereka,membina keyakinan dan meningkatkan rasa percaya. Jika mampu, tawarkan hadiah untuk anak apabila selesai prosedur nanti.

Tekankan juga mereka tanggungjawab seorang lelaki muslim dan kepentingan bersunat. Selain itu,beri info yang menjadikan mereka bangga serta suka untuk bersunat.

Ibu bapa juga bertanggungjawab mencari mudim yang profesional, terlatih dan berpengalaman bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Di Malaysia, Doktor perubatan dan Penolong Pegawai Perubatan adalah dua jawatan yang diberi tanggungjawab menjalankan prosedur ini secara sah.

3. Kepada Mudim Profesional mulakan majlis dengan doa,agar segala usaha kita dipermudahkan dan selamat dari perkara yang tidak diingini.

Apabila kanak-kanak sampai kepada anda, lemparkan senyuman yang ikhlas dan yakin. Elakkan dari menakutkan mereka dengan menunjukkan apa-apa simbol atau alat tajam.

Usap kepala mereka, peluk mereka jika perlu.

Jika ada yang menangis, bawa mereka ke tempat yang berasingan, ini kerana emosi boleh berjangkit, jika tidak diasingkan, dipujuk terlebih dahulu, maka biasanya anak-anak lain akan takut dan turut menangis, ini tentulah akan menyukarkan tugas kita nanti.

Beri keselesaan kepada mereka, atasi ketakutan mereka, beberapa teknik boleh digunakan, seperti teknik nafas,teknik sejuk dan teknik warna. Teknik-teknik ini boleh dipelajari.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Like & share agar lebih ramai bermaklumat.

Fyrol Ikram Othman
1 Nov 2017 / 12 Safar 1439
#PPP
#MudimProfesional
#Homeopath

Post a Comment

0 Comments