Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

InTeam, Awi Rafael antara 11 peserta GGV2

KUALA LUMPUR - Program realiti islamik, Gema Gegar Vaganza musim 2 (GGV2) memperkenalkan 11 peserta yang bakal bertanding pada musim ini.
11 peserta tersebut terdiri daripada enam peserta berkumpulan iaitu Brothers, Devotees, InTeam, Mestica, Rabithah serta Heliza dan Hazwani (pasangan duo). Enam lagi peserta solo ialah Adeep Nahar, Awi Rafael, Farah Asyikin, Fitri Haris dan Ippo Hafiz.
GGV2 akan dipancarkan secara langsung selama tujuh minggu dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu bermula 31 Mac ini pukul 9 malam di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).
Peserta akan diadili sepenuhnya oleh dua orang juri tetap iaitu komposer dan penerbit, Farihin Abdul Fattah, Oki Setiana Dewi serta seoranv juri jemputan pada setiap minggu.
GGV2 yang masih mengekalkan tema Gema Irama Terindah akan dikendalikan oleh penyanyi Siti Nordiana, pelawak dan pelakon, Fikry Ibrahim. Turut bergandingan dengan dua figura tersebut sebagai hos adalah Fakhrul UNIC. - K! ONLINE
Sumber berita: Kosmo Online

Post a Comment

0 Comments