Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

AL - FATIHAH

Al - Fatihah buat Almarhum sahabat kita Muhammad Bin Minhud yang telah kembali mengadap Khaliqnya pada petang Jumaat 9 hb March 2007 bersamaan dengan 19 Safar pada lebih kurang pukul 2.00 petang di Hospital Selayang.

Sudah barang tentulah kita akan merasakan kehilangan sahabat kita ini keraba selama ini dia amat dekat dengan kita, seorang yang peramah dan kuat bekerja. Almarhum juga adalah antara rakan rakan kita yang sangat active melibatkan diri di dalam activiti activiti kemasyarakatan di kawasan kejiranan kita. Untuk pengetahuan anda semua Almarhum adalah bekas AJK Khairat Kematian yang terdahulu.

Sebagai Pengerusi Badan Khairat Kematian Surau At Taufiqiyyah SA2, saya secara peribadi ingin mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada rakan rakan jemaah dan ahli kariah kerana dengan komitmen cemerlang anda semua telah memungkinkan kita menyempurnakan jenazah dengan sempurna sekali. Seperti sukar hendak dipercayai ? dengan begitu ramai kehadiran? susun atur gerak kerja serta tugas yang berjalan licin, plan B ?.. dan semuanya seperti menjurus kepada kesempurnaan.. Mungkin ini adalah rezeki Almarhum dan kita semua mamang telah ditakdirkan Allah sebagai penggerak sahaja.

Tanpa mengira jawatan dalam persatuan atau status dalam masyarakat, serta jawatan di tempat kerja, ahli ahli jemaah kita bersama sama bertungkus lumus menyempurnakan tuntutan fardu kifayah ini. Dengan kehadiran sebegitu ramai jemaah dan apatah lagi dengan komitmen dari saudara non -Muslim kita seperti Balan, Vella dan Linggam sudah tentu kita merasa terharu seperti yang di luahkan oleh saudara Zabidi di dalam yahoo group.

Apapun saya percaya antara pengajaran yang kita boleh dapati dari perkara ini ialah betapa pentingnya kita hidup bermasyarakat.. Kita di dalam keadaan yang memerlukan masyarakat tetapi masyarakat tak kesah kalau kita tidak mahu dekat dengan mereka !..Tidak perlulah kita syok sendiri, ego dan sombong tak tentu pasal. Lets join the crowds's !.. Don't just dreaming at your own 'island'. Libatkan lah diri anda dengan aktiviti masyarakat, jengoklah ke Surau walau setahun sekali..

Ingatlah ......kerana masa kita akan tiba nanti..

Terima Kasih Semua..

What A Feeling ...

Post a Comment

0 Comments