Pada 19.11.2008 lebih kurang jam 3.30 pagi, sebuah kereta Proton Wira yang di pandu oleh seorang lelaki India dari Fasa 2B5 telah terbabas kedalam 'monsoon drain' di Fasa 2B2. Tempat kejadian tersebut berlaku dihadapan rumah Pengerusi Badan Khairat Shah Alam 2 iaitu En Khairi @ Jotun. Mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah. Mangsa hanya mengalami cedera ringan dan diselamatkan oleh beberapa penduduk berdekatan yang sedar kejadian tersebut termasuk En Khairi sendiri. En Jamaludin Ketua Biro Keselamatan dan En Johaimi juga dilihat terlibat didalam kerja menyelamat.
0 Comments