Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

EMPAT BERADIK KINI MENJADI YATIM PIATU


Pada jam 2.30 pagi bertarikh 4.1.2009 yang lepas, Hajjah Rokiah iaitu balu kepada Allahyarham Kamal Abdul Rahman dari Fasa 2B2 telah menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah beberapa tahun berjuang melawan barah payudara yang dihidapinya. Allahyarhamah Hajjah Rokiah meninggal dunia genap 13 bulan selepas pemergian Allahyarham suaminya di Madinah. Pemergian ibu yang cekal dan tabah ini meninggalkan 4 orang anaknya yang kini menjadi anak yatim piatu. Allahyarhamah disemadikan di tanah perkuburan Felda Bukit Cerakah.

Seluruh ahli kariah yang menziarah jenazah dirumah mereka pada pagi yang hening itu tidak dapat menahan kepiluan tatkala menatap wajah anak-anak yatim piatu ini yang telah puas menitiskan air mata terutama yang bungsu baru berusia 9 tahun. Tiada lagi belai kasih dari seorang ibu dikala mereka amat memerlukan setelah ketiadaan bapa setahun yang lalu.

Allahyarhamah meninggalkan 4 orang anak yang berusia 18, 17, 12 dan 9 tahun. Kesemua mereka masih bersekolah. Dengan ketiadaan kedua orang tua mereka, mereka kini tinggal dirumah peninggalan ibubapa mereka dengan ditemani oleh nenek dan abang sepupu.

Kepada ahli kariah Shah Alam 2 yang ingin bersedekah atau mengeluarkan zakat bolehlah berbuat demikian dengan terus berjumpa dengan keluarga ini atau melalui Pengerusi Surau atau Pengerusi Penduduk. Rumah mereka beralamat di No 16, Lorong Naluri Sukma 8/25D, Shah Alam 2.

Semuga Allah akan menempatkan Allahyarhamah dikalangan orang-orang yang beriman.

Persatuan Penduduk, jawatankuasa Surau dan jawatankuasa Badan Khairat Kematian mengucapkan jutaan terimakasih kepada ahli kariah dan individu yang terlibat didalam menguruskan jenazah Allahyarhamah Hajah Rokiah tempohari. Semuga Allah akan membalas kebaikan anda.

Post a Comment

0 Comments