Ukuran kejayaan..
Pada usia 4 tahun, kejayaan anda ialah anda tak kencing dalam seluar,
Pada usia 8 tahun, kejayaan anda ialah anda mengenali jalan pulang ke rumah,
Pd usia 12 tahun, kejayaan anda ialah memiliki kawan2,
Pd usia 18 tahun, kejayaan anda ialah anda berjaya memiliki lesen memandu,
Pd usia 23 tahun, kejayaan anda ialah keluar dsri universiti (sebagai graduan)
Pd usia 25 tahun, kejayaan anda ialah mendapat pekerjaan,
Pada usia 28 tahun, kejayaan anda ialah memiliki isteri / suami,
Pd usia 30 tahun, kejayaan anda ialah mendapat anak,
Pd usia 35, kejayaan anda ialah memiliki harta (seperti rumah sendiri),
Pd usia 45 tahun, kejayaan anda ialah anda masih kelihatan muda dan bertenaga,
Pd usia 50 tahun, kejayaan anda ialah anak-anak anda telah berjaya,
Pd usia 55, kejayaan anda ialah anda masih mampu memenuhi tanggungjawab suami isteri,
Pd usia 60 tahun, kejayaan anda ialah anda masih mampu memandu sendiri kereta,
Pada usia 65, kejayaan anda ialah hidup tanpa penyakit,
Pd usia 70 tahun, kejayaan anda ialah anda tidak merasa diri anda beban atas org lain,
Pd usia 75, kejayaan anda ialah anda masih mempunyai kawan sebaya,
Pd usia 80, kejayaan anda ialah anda masih ingat jalan pulang ke rumah (tak pelupa),
Pd usia 85, kejayaan anda ialah anda masih tidak kencing dlm seluar...
Begitulah dunia (pusingan yg dialami semua hamba).
Kata imam Ghazali...yg paling dekat dgn kita ialah MATI ..
Kejayaan sebenarnya pada bila bila masa ialah apabila kita taat perintah Allah mengikut cara Nabi SAW.
"RENUNGAN MASA TUA"
1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.
Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.
2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.
3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !
4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.
5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal diri.
Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.
Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.
6. Kasih ibubapa kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak-anak terhadap ibubapa jelas batasnya.
Sedarlah! tatkala anak sakit, hati ibubapa terhiris;
tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...
Anak-anak memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.
7. Rumah ibubapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas... tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibubapa mereka.
"SELAMAT BERBAHAGIA PADA MASA TUA"
Semoga bermanfaat
0 Comments