Kali ke dua buat tahun 2015 ini, banjir lagi teruk melanda Sinar Alam, Bandar Puncak Alam.
Pada 11 Ogos yang lalu banjir telah menyebabkan ratusan penduduk terpaksa dipindahkan ke surau berdekatan. Kali ini banjir dilihat lebih teruk seolah-olah pihak majlis tidak melakukan sesuatu untuk membetulkan sistem saliran di Puncak Alam ini.
Diharapkan pihak Majlis dapat melakukan sesuatu agar banjir kilat dapat dielakkan.
Kepada mangsa banjir diharapkan dapat bersabar dan menerima musibah ini dengan penuh redha.
0 Comments