Ini adalah kisah sebenar yang berlaku pada bulan Jun 2017. Namaku Sarina isteri kepada seorang Juruteknik yang bekerja di salah sebuah syarikat di Negeri Sembilan. Suami ku bernama Mohd Zaki, hasil perkongsian hidup kami telah dikurniakan 3 orang puteri dan kini usia perkahwinan kami sudah hampir 10 tahun.
Anakku yang pertama tinggal bersama kakakku di Bangi dan bersekolah di sana, anak kedua dan yang bongsu tinggal bersamaku dan suami di Kg. Siliau Rantau, Negeri Sembilan.
Hidup kami bahagia dengan kasih sayang yang diberikan oleh suamiku, walaupun kehidupan kami sederhana, seboleh mungkin suami akan mencukupkan mana-mana yang kurang untuk kami.
Anak ketiga kami mempunyai masalah kesihatan perkembangan tumbesaran dan mengidap penyakit sawan, dan kini anak bongsu kami sudah berumur 2 tahun dan masih lagi tidak boleh berjalan serta memerlukan rawatan susulan di Hospital. Suamiku juga seorang anak yang sangat kasihkan ibu bapanya. Bapanya pula seorang yang bisu dan mempunyai masalah kesihatan, oleh kerana rumah kami berhampiran maka suami lah yang selalu menghantar bapanya juga ke Hospital untuk rawatan.
Aku juga bekerja untuk menambah pendapatan keluarga, pagi-pagi lagi aku telah keluar dari rumah pada jam 3 pagi menaiki kereta dan parking di Seremban 2 sebelum menaiki bas ke tempat kerja di salah sebuah kilang di Petaling Jaya sebagai operator pengeluaran.
DUHAI SUAMI…..
Engkau terlalu banyak berkorban untuk aku, anak-anak dan ibu bapa mu,serta ibu bapaku semoga ganjaran syurga buatmu sayang.
19 JUN 2017(RAMADHAN KE 24) MENANTI SYAWAL MENJELMA
Sedang semua umat Islam bersiap sedia untuk menyediakan juadah berbuka dan aku pula masih di tempat kerja tiba-tiba aku dipanggil oleh supervisor ku menyuruh aku melihat telefon. Dalam masa yang sama aku mendapat pangilan daripada pihak hospital dan minta aku bersabar banyak-banyak, pihak hospital memaklumkan kepadaku yang suamiku telah pergi buat selama-lamanya.
YA ALLAH!!!!
Tidak dapat dibendung lagi air mata ini, aku menangis semahu-mahunya fikiranku buntu tidak boleh berfikir, aku dijemput oleh kakakku untuk pulang. Sepanjang perjalanan aku menangis, Semasa dalam perjalanan aku teringat, pada satu malam sedang aku dan anak-anak lena tidur, aku terjaga dan aku melihat suamiku ke hulu ke hilir macam orang sedang resah, aku bertanya kepadanya kenapa, dia kata kepada ku yang dia #SANGAT RISAUKAN tentang anak-anak. Rupa-rupanya inilah tanda dia ingin pergi meninggalkan kami.
BESAR SUNGGUH DUGAANMU YA TUHAN…..
Fikiranku entah kemana, apakah yang akan terjadi pada masa depan anak-anakku, bagaimanakah sambutan syawal untuk tahun ini buat kami sekeluarga, hanya tinggal 5hari lagi sambutan Aidil Fitri akan menjelma…. Ohhhh….tidakkkk…. Ya Allah…kau kuatkan hati ini, redhakanlah hati ini jika ini ketentuan dan ujianmu.
Bagaimana aku harus membayar hutang-hutang yang ada, pinjaman PTPTN suami, api air, makan minum, kos pembelajaran anak-anak, kos rawatan anak bongsu kami, aku buntu, jika sebelum ini aku dan suami sama-sama berkongsi untuk menyara kehidupan kini hanya aku seorang sahaja yang perlu tanggung semua ini.
Siapakahkah yang akan membantu aku menguruskan anak -anak kami, jika dulu suamiku lah yang akan menguruskan anak-anak kami sementara menunggu aku pulang daripada kerja. Ya Allah bebannya rasa….
TIBANYA DIRUMAH…..
Kakiku longlai untuk melangkah masuk, ku lihat jenazah suamiku yang telah selesai dimandikan dan dikafankan dikelilingi anak-anak yang sedang menangisi kehilangan ayahnya. Luluh hati ini, aku gagahkan diri, ku cium suamiku buat kali terakhir aku lihat wajah suamiku sepuas-puasnya. Tiada lagi wajah ini selepas ini akan ku lihat……
Setelah semua jiran tetangga pulang, tinggal aku bersama anak-anak. Aku memeluk erat anak-anakku untuk melepaskan segala rasa dan aku cuba bina kekuatan untuk melalui hari-hari mendatang. Namun di dalam hati dan fikiran ku amat lemah memikirkan segala-galanya. Aku tidak mampu memikirkan lagi, aku serahkan kepada mu Ya Allah.
KE ESOKKAN HARINYA…
Aku mendapat pangilan telefon daripada majikan suamiku En. Mazlan, beliau memohon maaf kerana pada 31 Mei 2017 majikan suamiku ada memaksa suamiku membuka akaun SSPN-I Plus untuk kesemua anak-anakku dengan membuat potongan gaji suamiku. Beliau mengajakku ke PTPTN untuk mendapatkan penjelasan mengenai simpanan yang dibuat oleh suamiku.
Tibanya di PTPTN pegawai disana menerangkan kepada kami antara kelebihan simpanan yang disimpan oleh suamiku sebanyak RM 30 sebulan layak mendapat manfaat takaful kematian kemalangan RM40,000 seorang dan RM 2500 untuk khairat kematian serta simpanan yang terkumpul akan dipulangkan.…
Oleh kerana arwah suamiku membuka untuk ketiga-tiga anak kami, kesemua anakku akan mendapat tuntutan yang sama. Maka jumlah anggaran yang diterima adalah sebanyak RM 127,500.00…. Malah aku dimaklumkan juga bahawa hutang pinjaman PTPTN suami ku juga langsai kerana terdapat manfaat bagi perlindungan berkelompok. Sekali lagi aku terkejut mendengar penjelasan daripada pegawai tersebut.
AKU RASAKAN ADA CAHAYA MULA MENERANGI KEGELAPAN HIDUPKU….
Aku mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada majikan suamiku, kerana kejamnya dia memaksa suamiku membuka akaun SSPN-I Plus dan memotong gajinya, kini aku dan anak-anak mendapat manfaatnya. Pada 18 Ogos 2017 aku telah menerima pampasan tuntutan takaful tersebut yang berjumlah RM127,515.12 dan pemulangan semula Simpanan SSPN-I Plus berjumlah RM240.
Aku rasa terharu dengan tindakan pantas yang diambil oleh majikan suamiku. Kalaulah majikan suami ku melengahkan pendaftaran pembukaan akaun dan tidak memaksa suamiku membuka akaun tersebut adakah kami akan manfaat yang sangat bererti di waktu ini. En. Mazlan memang telah mengambil langkah yang bijak kerana berjaya menyelamatkan masa depan sebuah keluarga…. Alhamdulillah syukur…
Aku tidak sangka tidak sampai sebulan arwah suamiku menjadi pendeposit, tetapi masih boleh menerima pampasan perlindungan takaful. Perancangan dan tindakan arwah menyimpan di SSPN-i Plus sebelum meninggalkan kami betul-betul telah meredakan kerunsingan dan tekanan kami sekeluarga. Alhamdulillah....
AKU MENYERU KEPADA MAJIKAN-MAJIKAN DI LUAR SANA…….
Mainkan lah peranan anda sebagai majikan yang perihatin, bertanggungjawab dan sayangkan kepada pekerja-pekerja dengan turut membantu mereka dalam perancangan masa depan keluarga mereka. Ajak lah dan seru lah mereka untuk memulakan tabiat menyimpan demi kebaikan masa hadapan. Kadang-kadang untuk sesuatu kebaikan perlukan kesedaran melalui sedikit paksaan.
BUAT YANG BERGELAR SUAMI DAN ISTERI…..
Jadikanlah kisah aku sebagai pengajaran dan kesedaran pada diri untuk masa depan pada sebuah kehidupan yang bakal anda tinggalkan. Berbincanglah untuk memulakan simpanan dan perlindungan bagi masa depan anak-anak dan diri sendiri. Seperti mana arwah suami pernah berbincang dengan aku sewaktu ingin memulakan simpanan pendidikan untuk anak-anak melalui SSPN-I Plus ini.
Dan kini aku pula meneruskan pelan simpanan SSPN-I Plus ini mengantikan suamiku agar kesinambungan budaya menyimpan yang disemai oleh suami ku terus kami warisi. Mulai saat itu juga, aku sering berkongsi tentang pelan simpanan ini agar apa yang terjadi pada aku dan anak-anak menjadi iktibar kepada semua….
Apa yang aku kongsikan dan paksaan dari majikan arwah suami ku ini adalah merujuk kepada Pelan Simpanan Pendidikan SSPN-i Plus. Ingin tahu kebaikan pelan simpanan ini, boleh rujuk ringkasan seperti di bawah:.
===
INI ANTARA KEBAIKAN JIKA MENYIMPAN DI SSPNI PLUS :-
===
SSPNi Plus merupakan produk simpanan patuh syariah untuk perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi.
➨ Patuh syariah.
➨ Manfaat bagi Kematian/ Ilat kekal ( kemalangan) sehingga RM 1 000 000.00.
➨ Pelepasan taksiran cukai pendapatan keatas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000.00 setahun.
➨ Pelepasan taksiran cukai pendapatan keatas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000.00 setahun.
➨ Tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan*
➨ Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak.
➨ Komitmen simpanan serendah RM 30.00 sebulan.
➨ Layak memohon pembiayaan pendidikan.
➨ Simpanan dijamin oleh Kerajaan.
===
TAWARAN GERAN SEPADAN
===
Mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2017
Geran sepadan RM50 akan diberikan kepada simpanan yang mempunyai jumlah simpanan sekurang- kurangnya RM50 pada tahun 2017 kepada ibu bapa darjah satu (1).
Mulai 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018
Geran Sepadan RM500 akan diberikan kepada simpanan yang mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM500 pada tahun 2018 kepada ibu bapa dari dari satu (1) hingga darjah enam (6).
Jika anda sayangkan anak-anak, keluarga dan sahabat anda, bertindaklah sekarang, jangan bertangguh.
Komen SAYA NAK
Komen SAYA NAK
Komen SAYA NAK
#LoveSSPN
0 Comments