Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Kerana merasa diri lebih mulia

KERANA MERASA DIRI LEBIH MULIA

Kerana merasa diri lebih mulia,
Kita merasa puasa kita lebih sempurna,
Malah memandang rendah pada yang
menjamu selera,
Kerana merasa hebat menahan lapar
dan dahaga.

Kerana merasa diri lebih mulia,
Kita merasa tahajjud kita terlalu istimewa,
Malah memandang sinis pada yang sedang lena,
Kerana merasa munajat kita lebih diterima.

Kerana merasa diri lebih mulia,
Kita bahagia dikelilingi sahabat sefikrah,
Malah memandang rendah pada yang
melawan fitrah,
Kerana senang punya sahabat yang
hadam erti ukhwah.

Oh, kerana merasa diri lebih mulia,
Kita senang berjalan dilitupi pakaian
yang cukup syaratnya,
Malah buruk melihat mereka yang
terbuka sini sana,
Kerana kita merasa diri lebih terpelihara.

Kerana merasa diri lebih mulia,
kita gembira melaksanakan kerja Islam sepanjang masa,
malah benci melihat sahabat yang
berehat seketika,
kerana kita merasa diri lebih ikhlas
dalam amal kerana-Nya.

Kerana merasa diri lebih mulia,
Kita ralit menatap buku tanpa jemu,
Malah mencebir bibir dengan yang
berhibur tanpa malu,
Kerana merasa ilmu kita sudah menderu-deru.

Kerana merasa diri lebih mulia,
Kita leka perintah Tuhan Yang Esa,
Menjaga hati dari merasa selesa
dengan hidup sempurna,
Takut-takut kita diheret ke Neraka,
Hanya kerana didunia,
Kita merasa lebih mulia!

Kalam Musafir
Dipetik dari media sosial

Post a Comment

0 Comments