Kenikmatan ini hanyalah beberapa nikmat dari sekian banyak nikmat yang Allah berikan kepada manusia tanpa mengira sama ada mereka beriman kepadaNya atau yang syirik kepadanya. Maka kita sebagai hambaNya yang beriman, haruslah sentiasa mengucapkan syukur di atas nikmat yang Allah kurniakan.
Jangan sesekali kita berasa angkuh dan sombong dengan sedikit kelebihan yang dikurniakan kepada kita. Ingatlah bahawa setiap apa kelebihan yang Allah berikan kepada kita sebenarnya adalah suatu ujian buat kita. Sesungguhnya sifat angkuh dan sombong merupakan sifat syaitan dan iblis. Moga kita dijauhkan dari sifat-sifat yang sedemikian.
Amin
0 Comments